Profil...

Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25’ dengan 103.50’ dan garisan lintang 4 hingga 5.50’. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dan dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu danBesut. Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah :

* Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar;
* Kemaman : 253,559.9 hektar;
* Dungun : 273,503.1 hektar;
* Marang : 66,654.3 hektar;
* Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar;
* Setiu : 130,436.3 hektar
* Besut : 123,367.8 hektar.

Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan dan hasil petroleum pula menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.
LAGI

Setiu

Bendera Daerah Setiu
Melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan 


Latar Belakang Setiu

Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 Januari 1985.

Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar. Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu;-

    * Mukim Hulu Nerus - 54,523.30 hektar

    * Mukim Calok - 20,589.60 hektar

    * Mukim Hulu Setiu - 23,292.90 hektar

    * Mukim Guntung - 16,348.50 hektar

    * Mukim Tasik - 5,827.10 hektar

    * Mukim Pantai - 8,499.40 hektar

    * Mukim Merang - 6,825.00 hektar

 Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke-X (1875 hingga 1881).

(http://mds.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakangsetiu)
LAGI

Besut

Bendera Daerah Besut
Melambangkan pembangunan tanah dan infrastruktur teknologi tenaga


Latar Belakang Daerah Besut

      Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada 7 daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar, terdiri daripada 5 buah pekan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada 5 kawasan mengikut sempadan pilihanraya.

      Jumlah penduduknya ialah seramai 118,058 (bancian 1991) yang terdiri daripada berbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan.


Sejarah Daerah Besut


      Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

      Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

      Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu di mana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

      Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

(http://mdb.terengganu.gov.my/web/guest/info_besut/background)
LAGI

Kemaman

Bendera Daerah Kemaman
Melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas


Latar Belakang Kemaman

DAERAH KEMAMAN merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun bersempadan dengan Laut China Selatan.

Bancian penduduk sehingga 1940-an menunjukkan daerah ini juga yang ketiga dari segi jumlah penduduknya selepas Kuala Terengganu dan Besut. Bagaimanapun, bancian ini telah berubah selepas penemuan petroleum sekitar tahun 1970-an yang meletakkan daerah ini di tempat kedua selepas Kuala Terengganu.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Cukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

   1. Kawasan pantai.
   2. Kawasan Pedalaman
   3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai)

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dengan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua teramai. Kawasan ini terletak antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini ialah sebagai petani.

Dari segi sejarah awal, Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun kedua sebelum Masihi dengan nama “KOLE”. Ini berdasarkan kepada peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (ahli kaji bintang dan Ilmu Alam Greek, lahir di Mesir pada kurun kedua sebelum Masihi) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.

Dalam pada itu, sejarah pembukaan daerah ini masih kabur ekoran tiada catatan bertulis dan bukti-bukti sahih mengenainya. Namun begitu, pakar sejarah tempatan bersetuju bahawa daerah ini mula diterokai kira-kira 300 tahun dahulu oleh Che Wan Teh dan pengikut-pengikutnya. Che Wan Teh berketurunan bangsawan Pahang telah berhijrah ke daerah ini dari Kuala Pahang berikutan kekacauan dan huru-hara yang sering berlaku di sana. Beliau telah membuka penempatan di kawasan pantai dan kampung pertama yang mula diterokai ialah kampung Bukit Mengkuang. Sebelum kedatangan kumpulan orang Melayu, daerah (kawasan ini) mulanya didiami oleh kaum Sakai yang kemudiannya berpindah ke kawasan pedalaman.

Setelah beberapa lama berkampung di Bukit Mengkuang, Che Wan Teh telah berpindah membuka perkampungan baru berhampiran muara Sungai Kemaman dikenali Tanjung Geliga. Penempatan baru ini juga tidak selamat kerana sering diganggu oleh ancaman lanun dan perompak. Oleh itu, Che Wan Teh dan pengikutnya sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di tebing Sungai Kemaman (kira-kira tiga kilometer dari Tanjung Geliga). Tempat ini kemudiannya dikenali sebagai Cukai. Peristiwa ini dapat dikukuhkan dengan adanya sebuah perkuburan lama di kawasan berkenaan. Che Wan Teh dikatakan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas membuka Kampung Cukai. Pengikut-pengikutnya serta generasi selepas beliau kemudiannya meneruskan penerokaan kawasan-kawasan baru berikutan pertambahan penduduk dan keperluan tanah pertanian yang baru.

Selain versi secara lisan, terdapat versi lain yang merujuk kepada catatan bertulis mengaitkan pembukaan daerah Kemaman dengan bangsawan Patani yang dikenali sebagai Lebai Saris. Bagaimanapun, versi ini mencatatkan peristiwa awal abad 19 iaitu semasa Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Syah I (1808-1830) dan secara tidak langsung merupakan kesinambungan kepada proses pembukaan daerah Kemaman oleh Che Wan Teh.

(http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakangkemaman)
LAGI

Dungun

Bendera Daerah Dungun
Melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing


LATARBELAKANG  DUNGUN

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi.Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.
     
Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970

KAWASAN
Keluasan kawasan pentadbiran MPD adalah merupakan salah satu ciri utama untuk menaiktaraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran Dungun. Sewaktu penubuhan MPD pada 1 Januari 1981, keluasan MPD hanya merangkumi pusat petempatan utama seperti Kuala Dungun, Rantau Abang, Seberang Pintasan, Sura dan Paka.

Selaras dengan perkembangan pembangunan terutama sektor perniagaan, perindustrian, pendidikan dan pelancongan, pada 3 Jun 1996 kawasan MPD telah diperluaskan meliputi keseluruhan Daerah Dungun iaitu seluas 2,735.04km persegi. Dengan pertambahan keluasan kawasan ini, kawasan operasi MPD juga telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi.

(http://mpd.terengganu.gov.my/web/guest/dungun_background)
LAGI

Hulu Terengganu

Bendera Daerah Hulu Terengganu
Melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja
 
LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
Kawasan Daerah Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim yang berjumlah seluas 387,462.60 hektar. Ciri-ciri daerah adalah:

    * Sebahagian daerah adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar.
    * Bersempadan Negeri Kelantan dan Pahang yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua – Taman Negara Malaysia. Dalam lingkungan kawasan Central Forest Spine negara.
    * Ia menjadikan daerah ini kawasan sensitif alam sekitar - 99% tidak boleh dibangunkan.
    * Dari aspek pembangunan, terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).
    * Perhubungan masa hadapan yang sangat baik dengan kewujudan Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II menghubungkan dengan Selatan dan Barat Semenanjung.
    * Lembangan subur pertanian di Sungai Terengganu dan tumpuan penduduk di Timur (Kuala Berang/ Ajil/Kuala Telemong).
    * Kawasan Warisan Sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Semenanjung pada 702 H (1303 M); lebih awal daripada Melaka.
    * Kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.
    * Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang merupakan penempatan utama penduduk dan Kuala Berang sebagai pusat pentadbiran daerah dan perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan.
    * Laluan utama semasa adalah Jalan Kuala Terengganu-Ajil-Kuala Berang dan Kuala Berang-Jerangau-Kuantan sementara Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II dijangka siap sebelum 2012.
 
(http://mdht.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakang)
LAGI

Marang

Bendera Daerah Marang
Melambangkan pemulihan penyatuan rakyat


Latar Belakang Marang

      Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telah diperbesarkan denagn menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung. Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke keseluruhan Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 km persegi.

      Mulai 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang merangkumi kawasan seluas 666.54 km persegiYang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:

    * Rusila
    * Pulau Kerengga
    * Merchang
    * Jerong
    * Bukit Payung
    * Alor Limbat

       Ini bermakna seluruh Daerah Marang merupakan Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

(http://mdm.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakang)
LAGI

Kuala Terengganu

Bendera Daerah Kuala Terengganu
Melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama negeri ini


LATAR BELAKANG KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu dan bandar Di Raja bagi Negeri Terengganu Darul Iman.  Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap  Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini.  Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Sejarah menunjukkan Terengganu dan Kuala Terengganu sendiri telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Dalam buku-buku sejarah China seperti ’ Ling-wai-Tai-ta ’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’ Teng-ya-nu’ dan buku Cu-fan-Cih ’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’.  Kedua dua nama tersebeut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya ( San-fo-Cih ) pada kurun ke 2.  Ptolemy seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu, Pelabuhan itu ialah Primula dan Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China dan  Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.  Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad kedua belas.   Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu.  Perdangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.  Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

(http://mbkt.terengganu.gov.my/web/guest/latarbelakangkt)
LAGI

Khabarnya...

Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. Dalam Negarakartagama, tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah terdapat manusia tinggal di situ sejak 4,000 tahun sebelum masihi. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor ; Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama dihantar memerintah Terengganu. seterusnya Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera. Kemudiannya oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail. Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
LAGI

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan namaMu yang maha pemurah lagi penyayang....
Tuhan yang memiliki sekelian langit dan bumi
LAGI

Kawan Kawan

There was an error in this gadget