Festival Gamelan Sedunia

Sah! memang betul.. Dataran Syahbandar memang tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti. Kini sedang berlangsungnya satu acara bertaraf dunia iaitu Festival Gamelan Sedunia. Festival ini disertai kumpulan-kumpulan yang gah namanya dikalangan penggiat seni muzik tradisional ini. Antaranya ialah Warisan Terengganu, Istana Budaya, Gastarana (Indonesia-Bali), Lambangsari (Jepun), Rhythm in Bronze (1Malaysia - saya tabik persembahan mereka) dan juga Garasi Seni Benawa (Indonesia - Jawa). Namun agak mengecewakan bila pasukan gamelan daripada benua eropah tidak dapat turut serta pada saat-saat akhir. Bagaimana agaknya mereka melagukan muzik ini ya......tetapi, pendapat peribadi saya, festival ini tetap meriah walaupun tanpa mereka.


Festival anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia (Pejabat Bahagian Negeri Terengganu), Universiti Sultan Zainal Abidin Tourism Terengganu ini merupakan acara dwi-tahunan..maka dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menganjurkan pertandingan blog ini. Kenapa? Kerana adanya pertandingan blog ini...barulah saya tahu iaitu pada tahun 2008 rupanya sudah ada festival gamelan....seterusnya membuatkan saya melancong ditempat sendiri sekarang dan saya amat berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan malam tadi.

Walaupun acara bermula dalam keadaan hujan yang agak renyai-renyai, penonton tetap memenuhi ruang yang disediakan. Sambutan yang diberikan agak luarbiasa...kerusi penonton, penuh!!!..jadi saya dan keluarga mengambil keputusan untuk duduk diatas lantai dataran. 
Kami tidak berganjak dari situ sehinggalah angka menunjukkan jam 12.45 malam..selepas semua acara dipersembahkan. Sangat berpuas hati apabila menonton generasi muda perlbagai bangsa menghargai seni warisan ini.
Kita jumpa lagi pada 2012 nanti :))
OOppsss!! belum terlambat bagi yang baru tahu...festival ini akan berlangsung sehingga 25 Julai...cepat!! cepat!!! bawa keluarga datang memeriahkan lagi festival ini...anda tidak akan kecewa..percayalah..
LAGI

Kilauan Tembaga...

"Pandai Tembaga" atau "Pandai Besi" adalah gelaran diberi kepada individu yang berkemahiran membentur kedua jenis logam ini menjadi kraf yang tinggi nilai seninya. Khabarnya, logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakkannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun dengan bangganya diwar-warkan bahawa artifak tembaga yang tertua iaitu gong telah ditemui di Terengganu.
Menyentuh mengenai perusahaan pembuatan tembaga di Terengganu, Kampung Ladang iaitu kampung saya merupakan kawasan untama yang dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kepada industri ini. WANISMA Craf & Trading tidak lagi perlu diperkenalkan kepada pencinta seni kraf tembaga. Merupakan perusahaan warisan keluarga yang kekal gah sehingga kini. Disamping menawarkan barangan tembaga yang berkualiti tinggi, pengunjung juga boleh melihat sendiri proses-proses membuat tembaga bermula daripada acuan sehingga proses melarik.

Saya dulu, waktu kecil-kecil kadang-kadang tercongok ralit memerhati pekerja-pekerja membuat proses melarik tembaga. Semuanya dilakukan dengan penuh teliti dan berseni. Yang paling saya suka, melihat proses membentuk acuan lilin pelbagai jenis serta saiz yang memberikan gambaran awal rupa barangan tembaga yang akan dihasilkan setelah selesai semua proses pembuatan.

Bagaimana acuan lilin dibentuk? Apa proses melarik tu? Takkan dua ini sahaja proses membuat tembaga? Soalan-soalan yang biasa bermain difikiran, betul tak? Sekiranya saudara mahu soalan-soalan itu terjawab, berkunjunglah ke sini..segalanya akan berada didepan mata anda..saksikan sendiri dan notakan sebagai salah satu pengalaman perjalanan yang sangat berharga untuk diwariskan satu hari nanti. Ini adalah kerana perusahaan tembaga di Kampung Ladang adalah seni warisan sejak 500 tahun dahulu.



Maklumat WANISMA Craf & Trading untuk dikongsi bersama:

Wan Mahadi 'tembaga' penerus warisan

KUALA TERENGGANU 14 April - Sanggupkah anda berpanas bara api sehingga mencapai 1,300 darjah celcius. Sama ada sanggup atau tidak, inilah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Wan Mahadi Wan Ismail (gambar), 45, sejak membabitkan diri dalam industri pembuatan tembaga di Kampung Ladang di sini, hampir 20 tahun lalu. Beliau terpaksa melakukan pekerjaan ini demi mencari nafkah selain mengekalkan produk warisan tembaga yang kian pupus.

Setiap hari, Wan Mahadi terpaksa bermain dengan bara api dengan menuang tembaga cair dalam panas bara api sebelum dituang dalam acuan yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan pasir.
Kerja-kerja menuang tembaga ini menjadi satu syarat utama dalam proses pembuatan tembaga yang diusahakan secara tradisi di kampung tersebut sejak 500 tahun lampau.

Campuran tanah liat dan pasir itu dibentuk dengan penuh kemahiran bagi menyalut acuan lilin.
Selepas siap dibentuk, acuan tanah liat melalui lubang yang disediakan meninggalkan ruang-ruang kosong di dalamnya. Tembaga cair yang panas kemudiannya, dituang ke dalam acuan tanah liat bagi mengambil tempat lilin. Apabila sejuk, acuan tanah liat itu dipecahkan dan barangan tembaga yang masih kasar dicanai, dilarik dan digilap dengan mesin sebelum dijual.

Demikian kehidupan yang dilalui oleh pengusaha tembaga, Wan Mahadi yang kini mengusahakan tembaga di Kampung Ladang, sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tengah bandar raya Kuala Terengganu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebilangan penduduk di Kampung Ladang dan beberapa buah kampung berhampiran amat tekun menghasilkan pelbagai produk tembaga sama ada yang digunakan dalam pelbagai adat mahupun kehidupan seharian.

Wan Mahadi adalah pemilik syarikat Wanisma Craft & Trading dan merupakan seorang daripada 18 pengusaha pembuatan tembaga secara tradisional di Kampung Ladang.
Ia juga menjadi keunikan penduduk Kampung Ladang yang masih mengekalkan industri tembaga di bengkel halaman rumah sehingga menjadikan satu pemandangan biasa bagi sesiapa berkunjung ke Kampung Ladang yang kini dihimpit pembangunan.

Wan Mahadi mewarisi pembuatan tembaga daripada ayahnya, Wan Ismail Wan Idris yang juga pengusaha tembaga terkenal. Darah seni yang mengalir dalam jiwa Wan Ismail mengalir bukan sahaja daripada ayahnya malah ibunya, Nik Rakna Nik Embong yang merupakan pengusaha batik yang tersohor di Terengganu pada tahun 60-an.

Menurut Wan Mahadi, sehingga sekarang terdapat sekurang-kurangnya 17 pengusaha mengusahakan tembaga. Sembilan daripada pengusaha itu terdapat di Kampung Ladang Tok Pelam, tiga di Kampung Ladang Paya dan lima lagi di Ladang Sehat. Katanya, menurut cerita dari mulut ke mulut sejarah perusahaan tembaga di Kampung Ladang dikatakan bermula hampir 500 tahun lampau.

''Ia merupakan satu pekerjaan utama penduduk di sini, yang mewarisi pekerjaan tradisi itu daripada datuk nenek moyang sejak zaman berzaman," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan tembaga Kampung Ladang di sini, baru-baru ini. Persoalannya di sini, kenapa Kampung Ladang menjadi tumpuan pengusaha tembaga walhal kawasan lain tidak sedemikian?

Menurut Wan Mahadi lagi, sebahagian besar daripada mereka datang dari daerah lain termasuk Pattani dan Yunan memulakan industri tembaga di sini, kerana Kampung Ladang terletak berhampiran muka kuala Sungai Terengganu yang menjadi pelabuhan utama pada zaman silam. Katanya, dengan kedudukan di muara sungai memudahkan mereka mendapatkan bahan mentah seperti tembaga dan menjual kepada pedagang asing.
Selain itu, menurut cerita lisan ayahnya yang juga pengusaha tembaga pada asalnya tukang logam termasuk tembaga dan perak, beroperasi di istana.

Katanya, kebetulan pula Kampung Ladang terletak berhampiran Istana Maziah, justeru memudahkan mereka berkhidmat dengan membuat peralatan yang diperlukan oleh istana dan telah mengehadkan segala perkembangannya ke daerah-daerah luar.
''Pengetahuan dan kemahiran dimiliki hanya dicurahkan kepada orang-orang tertentu sahaja, khasnya kaum keluarga agar kemahiran terus diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain dan terus hidup hingga sekarang.
''Perusahaan ini diusahakan di bawah rumah dan di sekitarnya. Ia adalah warisan daripada satu generasi ke generasi yang lain iaitu dari datuk, ayah dan anak," katanya lagi.

Wan Mahadi menambah pada zaman pemerintahan Kesultanan Terengganu (Sultan Zainal Abidin) kerajaan negeri Terengganu ada menjalin hubungan kerjasama dengan kerajaan Siam dan ufti adalah cenderahati.
Pada sekitar tahun 1980-an, terdapat kira-kira 150 pengusaha yang membabitkan diri dalam industri ini, dengan kira-kira 95 peratus daripada mereka mengusahakan secara sepenuh masa.

( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_05.htm )
LAGI

Unik dan Tersendiri

Unik dan tersendiri...itu yang boleh saya takrifkan mengenai pasar kebanggaan Terengganu Darul Iman.

Juga memberikan 1001 memori kepada saya...kerana disitulah menjadi salah satu tempat permainan saya...juga menjadi salah satu tempat kegemaran saya..

Dulu arwah nenek saya merupakan salah seorang penjual disitu...tidak ada gerai..hanya hamparan sebidang tikar mengkuang untuk mengalas tempat duduk dan letak barangan jualan..belacan yang dibuat sendiri..

Sebelum saya mengenal bangku sekolah..kesitulah saya mengekori nenek menghabiskan masa sehariannya. Kami kesana dengan "teksi@beca" pada awal pagi lagi dan pulang selepas asar.

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

 Dulu..bukan begini rupa Kedai Payang, nama asalnya...yang saya ingat sebuah bangunan yang bercat hitam dan putih yang mempunyai bumbung berjalur-jalur..dan saya sempat melihat jam besar ditepinya.
Kredit pada Awang Goneng untuk gambar yang tidak ternilai ini..dibelakang pokok itulah wajah sebenar Pasar Besar Kedai Payang suatu ketika dahulu.
Kini Pasar Besar Kedai Payang sudah jauh berubah wajah,.namun masih tetap unik dan hebat seperti dulu. 
Segalanya ada disini...daripada barangan mentah lauk pauk...hinggalah kuih enak tradisional dan moden...daripada kraftangan teliti buatan...hinggalah batik yang halus seninya...
 Saya jamin..sekiranya sampai kesini..tuan puan akan terpukau dengan apa yang akan dilihat..

 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..

LAGI

Ya....betul...Teksi tu...

Pelik kan tajuk entry saya kali ini. Gimik? bukan... Lawak? bukan... Tapi itulah yang dipanggil orang Terengganu kepada antara pengangkutan warisan di bandaraya ini...BECA. Kalau pembaca berkunjung ke Terengganu, jangan terkejut bila mendapati teksi adalah beca. Kenapa dipanggil teksi? Saya sendiri kurang maklum. Kerana bila sahaja saya mula memahami bahasa sekeliling ketika berumur 4 tahun, beca sudah bergelar teksi.

Pengangkutan ini hanya untuk sekitar bandaraya sahaja. Kalau dulunya, ada yang sampai sehingga ke kampung Baru Burok, namun kini tidak lagi. Tapi ini tidak bermakna beca sudah tidak diperlukan lagi. Ia tetap menjadi pilihan terutama pelancong-pelancong asing yang tertarik dengan hiasan yang beraneka pada beca berkenaan.

Kawasan utama operasi beca-beca ini ialah di sekitar Pasar Besar Kedai Payang. Walaupun anda pernah menaiki beca di Kelantan, mencuba beca di Melaka...rebutlah peluang merasai keunikan beca di Terengganu juga. "Teksi" Terengganu unik dan istimewa dalam kelasnya yang tersendiri..murah dan selesa.






 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..

LAGI

Kawan Kawan

There was an error in this gadget