Mula Balik

Lama blog ini ditinggalkan. Betul kata orang, kalau buat sesuatu kerana mahukan sesuatu, tak akan jauh perginya. Sudah 2,3 hari blog ini diperhatikan semula, terbit dalam hati satu perasaan sayang untuk dibiarkan terus usang.
Hari ini, dengan izinNya, hati terbuka untuk terus menyambung hayat blog ini. Sebenarnya, segala berkait apabila menatap satu foto yang diambil tidak lama dulu.

Mengembalikan satu nostalgia yang pedihnya hingga ke tangkai jantung. Kampung Ladang, kampung yang tinggal hanya pada nama. Kalau mahu ditunjukkan kepada generasi akan datang, dimana letak duduk makna "kampung" itu sebenarnya.

 Aku sedih...sungguh

 

Disinilah kini penduduk Kampung Ladang bermukim dengan segala macam pembaharuan yang kadang kadang hanya indah pada nama. Bukan aku bercakap menuduh. Betul semuanya, kerana ibuku kini salah seorang penghuninya

LAGI

Kawan Kawan

There was an error in this gadget