Bukit Puteri

Khabarnya bukit ini menjadi tempat tinggal Puteri Bunian dan penduduk tempatan selalu meminjam pinggan dan mangkuk dari puteri tersebut untuk majlis-majlis keramaian atau perkahwinan tetapi sebilangan peminjam tidak memulang barang-barang yang dipinjam atau menggantikan barang yang pecah . Akibat tidak amanah ini , tuan puteri meninggalkan bukit ini ke sebuah bukit lain di Daerah Besut..dan mungkin kerana ini..bukit ini dinamakan Bukit Puteri.

Kononnya juga, nama Bukit Puteri diperolehi dari urutan cerita-cerita primitif. Ada yang mengatakan nama diperolehi daripada nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri. Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I. Bukit inilah pada abad ke 19, menjadi rebutan dan medan pertempuran beberapa pihak yang saling bertelingkah untuk menguasai pentadbiran di Kuala Terengganu. Kedudukannya yang tinggi amat sesuai sebagai sebuah kota pertahanan dan dapat mengawas kapal-kapal musuh memasuki muara.

Pemandangan dari atas bukit ini amat mengujakan. Nampak muara Sungai Terengganu dan kawasan Seberang Takir serta Pulau Duyong, lokasi Monsoon Cup. Diatas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta (Loceng Besar) Meriam beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan Kubu Pertahanan Bandar Kuala Terengganu.

Bukit Puteri tersergam indah. Berdiri megah menghala ke Sungai Terengganu merupakan tempat
bersejarah yang penuh keunikan dan menyimpan misteri.

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..





LAGI

Kemilau Binaan Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


Binaan yang sangat indah dan salah satu tempat menarik yang harus dilawati apabila berkunjung ke negeri kami..datanglah..anda pasti terpesona..

 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..

LAGI

Kolam Air Panas La

Terletak 140km utara Kuala Terengganu, La Hot Spring mengalirkan air yang mengandungi belerang yang dikatakan memiliki sifat penyembuhan. Suhu airnya antara 45-49 darjah celcius dan ada ketikanya boleh mencecah sehingga hampir 100 darjah celcius. Sejak berita mengenai khasiat air mata air ini tersebar, ramai pengunjung yang menderita penyakit kulit telah datang dan berendam didalam air hangat ini.

Selain itu, keistimewaan Kampung La ialah ia terletak di kaki Gunung Tebu. La Hot Springs adalah pintu gerbang ke Gunung Tebu Forest Reserve yang popular dengan pengembara-pengembara yang datang untuk mencari pelbagai flora dan fauna tropika atau untuk menjelajahi terowong batu, sungai dan sungai.

 
Kolam seperti spa juga dibina bagi memudahkan orang ramai menikmati kehangatan air hangat ini secara persendirian. Kolam untuk wanita dan lelaki diasingkan untuk keselesaan.


La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.
 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Bot Penambang

Masa kecik-kecik dulu, kalau nak ke Seberang Takir, ada dua jalan perhubungan. Melalui darat yang mengambil masa agak lama iaitu terpaksa melalui jambatan Manir (sebelum Jambatan Sultan Mahmud dibina) dan melalui jalan air dengan menggunakan perkhidmatan bot penambang. Antara kedua-duanya, yang menjadi pilihan ramai ialah bot penambang, cepat dan murah. Hanya 5 minit diperlukan untuk penumpang-penumpang dari Seberang Takir untuk sampai ke Pasar payang. Perjalanan yang singkat tapi memberikan satu pengalaman yang istimewa dalam hidup kerana bukan semua tempat ada pengangkutan ini.

Pengangkutan berusia lebih 50 tahun ini masih diminati dan diperlukan oleh penduduk di seberang Sungai Terengganu untuk ke kawasan sekitar bandar. Bermula dengan harga 20 sen untuk satu perjalanan ketika ia diwujudkan, kini menjadi RM1 namun ia masih tetap menjadi pilihan penduduk yang berada di seberang sungai itu.

Kalau anda berkunjung ke Terengganu, cubalah mencari peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan pegangkutan ini.

LAGI

Zoo Kemaman

Dulu..sedih sangat bila orang kata Terengganu, tidak ada muzium..tapi sekarang.. nah..TERBESAR di Malaysia dan Asia Tenggara. Dulu pun..sedih sangat bila Terengganu juga tidak ada zoo. Ye lah..setiap kali lawatan sekolah ke luar negeri selepas peperiksaan besar seperti UPSR, PMR..antara tempat wajib untuk dilawati ialah Zoo Negara. Pada awal 90an, sebuah zoo yang hanya menempatkan beberapa spesies haiwan dibuka di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu. Memang menjadi tumpuan ramai dan terhibur dengan gelagat monyet yang menjadi antara spesies yang ada. Teringat saya pada seekor mawas putih yang berada pada dahan yang terletak ditengah-tengah kolam. Sangat comel... =)
Kini..saya bangga dengan Zoo Kemaman..walaupun masih dianggap mini zoo..tapi sekurang-kurangnya Terengganu ada Zoo. Terletak 15km dari Kijal yang terkenal dengan lemang yang sentiasa ada tanpa mengira musim.

 Pelbagai tarikan seperti Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba ada disini.

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bayaran masuk adalah sangat berpatutan. Datanglah...anda pasti teruja disini =)
 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Dataran Syahbandar

Dari dulu sampai sekarang dataran ini tidak pernah sunyi. Satu lokasi yang menjadi pilihan andai ada keramaian atau majlis-majlis samada peringkat negeri mahupun kebangsaan
Kalau dulu, di dataran inilah saya menonton opera cina, di sini juga saya menonton wayang gambar bangsal. Dan sekarang, dataran ini tetap semeriah dulu walaupun wajahnya sudah jauh berubah.
Sewaktu kecil, saya akan bersorak kegembiraan bila emak mengajak ke Padang Malaya. Terbayang-bayang didepan mata segala keseronokan pertunjukan kebudayaan yang akan ditemui. Di Padang Malaya inilah saya sangat teruja melihat Opera Cina, Wayang Kulit, Mak Inang Rodat dan banyak lagi.
Selepas itu namanya bertukar menjadi Padang Maziah dan akhirnya diisytiharkan sebagai Dataran Syahbandar.

Untuk pengetahuan pembaca, dataran ini salah satu "spot" yang paling sesuai untuk menonton Monsoon Cup yang menjadi antara acara tahunan Terengganu. Sebuah TV skrin rata gergasi ditempatkan di sini untuk tayangan sesuatu acara penting.

Pendekata dataran ini merupakan tempat yang sangat strategik untuk dilawati. Bekrekreasi di taman yang dipenuhi baris-baris pokok rhu, meredupkan suasana ditambah dengan pancutan air dari kolam berdekatan yang direntangi jambatan buatan daripada batu.
Yang pasti Dataran Syahbandar tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti.


 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..



Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
Istana Maziah, Pasar Payang, Masjid Abidin (Masjid Putih), Jeti Syahbandar
Deretan kedai makan yang pelbagai pilihan


LAGI

Bulatan Ladang

Tempat yang meninggalkan seribu satu nostalgia pada diri saya,Ladang. Betul-betul dipinggir bandaraya Kuala Terengganu..dan mungkin dalam masa 4, 5 tahun lagi..akan betul-betul berada di tengah bandaraya.. =) ..pembangunan..
Disinilah saya dibesarkan..belajar tulis baca..jadi orang berguna..alhamdulillah..
Kampung Ladang sangat unik..sungguh..disini ada nasi dagang..ada juga tembaga..berada dipesisir pantai Terengganu yang terkenal dengan keindahannya..
Oh...banyak pula celoteh saya pasal kampung halaman..tempat bermain, ketawa menangis bersama saing-saing...emo pulak ya..he he he..
Sebenarnya saya nak bercerita pasal Bulatan Ladang..yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Bulatan Penyu..ya, ada seekor penyu gergasi ditengah-tengah bulatan berkenaan..
Ruginya rasa bila diimbau kembali..kenapalah tak terniat untuk mengambil gambar bulatan itu dulu...dan dengan penuh pengharapan..saya pun google "bulatan penyu"...dan hampir melompat kesukaan bila saya berjumpa dengan gambar ini
kredit untuk : http://khaiypsi.blogspot.com
inilah wajah asal bulatan ladang suatu ketika dulu

dan inilah wajahnya sekarang
tak kurang hebat dan sangat menarik...menjadi pujaan ramai bila bulatan ini tidak pernah gagal memikat sesiapa saja yang memandangya..


memang cantik dan hebat..
itulah BULATAN BATU BERSURAT

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..


Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
Pantai Batu Burok, Primula Parkroyal, Sumai Suite Hotel,
Masjid Ladang
LAGI

Terbesar di Asia Tenggara


Mana aku tak bangga dengan senibina yang satu ini...TERBESAR DI ASIA TENGGARA tau...
fuyyoooo...ya MUZIUM NEGERI TERENGGANU adalah yang TERBESAR DI ASIA TENGGARA..kalau tak percaya..jom pakat mari ramai-ramai..
Dan sebagai orang yang dah pernah beberapa kali sampai di muzium ni...saya nasihatkan agar datang awal..kenapa??? kerana kompleks muzium kebanggaan seluruh rakyat Terengganu ini memakan masa yang agak lama untuk cover semua pameran yang ada...TERBESAR DI ASIA TENGGARA..memang tersangatla besarnya dan tersangatla menariknya..ya..betul..
posting aku tentang muzium ni pon terpaksa dibahagi kepada 2 part...

Ok sedikit info kepada yang belum sampai...
Ia adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.


Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.



Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.
Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.
Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi
Untuk entry kali ni..saya akan muatkan bahagian utamanya dulu...banyak sangat nak cerita..tapi yang pasti datanglah kesini...pasti anda tidak akan menyesal..
myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Cas Ligas

Pertama kali tengok, bingung seketika...apa tu? Bas? Betul ke? Bakpe gitu? Kenapa bumbung macam rumah? Semua soalan terlintas dalam kepala. Bila ditanya dan diusul...oh! Bas Bandar rupanya.....mmmmm...cantiknya...
Dan saya yakin..pembaca yang belum pernah melihatnya pun akan tertanya-tanya macamana agaknya rupa bas berbumbungkan bentuk bumbung rumah.
Haaaaaaa...itulah uniknya negeri saya ini.
Untuk makluman, rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.

Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED destinasi penunjuk arah.
Laluan-laluan utama bas ini ialah Chendering (nasi dagang tersohor ada disitu), Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal dan Taman Monumen) dan Batu 6 / Gong Badak (melihat view bandaraya dari Jambatan Sultan Mahmud).
 Diringkaskan cerita...parkir sahaja kenderaan tuan-tuan dan puan-puan di kawasan Dataran Syahbandar, nikmati perjalanan sehala bersama bas Cas Ligas mengelilingi bandaraya kami.

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..



LAGI

Kawan Kawan

There was an error in this gadget