Bukit Puteri

Khabarnya bukit ini menjadi tempat tinggal Puteri Bunian dan penduduk tempatan selalu meminjam pinggan dan mangkuk dari puteri tersebut untuk majlis-majlis keramaian atau perkahwinan tetapi sebilangan peminjam tidak memulang barang-barang yang dipinjam atau menggantikan barang yang pecah . Akibat tidak amanah ini , tuan puteri meninggalkan bukit ini ke sebuah bukit lain di Daerah Besut..dan mungkin kerana ini..bukit ini dinamakan Bukit Puteri.

Kononnya juga, nama Bukit Puteri diperolehi dari urutan cerita-cerita primitif. Ada yang mengatakan nama diperolehi daripada nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri. Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I. Bukit inilah pada abad ke 19, menjadi rebutan dan medan pertempuran beberapa pihak yang saling bertelingkah untuk menguasai pentadbiran di Kuala Terengganu. Kedudukannya yang tinggi amat sesuai sebagai sebuah kota pertahanan dan dapat mengawas kapal-kapal musuh memasuki muara.

Pemandangan dari atas bukit ini amat mengujakan. Nampak muara Sungai Terengganu dan kawasan Seberang Takir serta Pulau Duyong, lokasi Monsoon Cup. Diatas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta (Loceng Besar) Meriam beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan Kubu Pertahanan Bandar Kuala Terengganu.

Bukit Puteri tersergam indah. Berdiri megah menghala ke Sungai Terengganu merupakan tempat
bersejarah yang penuh keunikan dan menyimpan misteri.

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..





0 comments:

Post a Comment

Kawan Kawan