Ya....betul...Teksi tu...

Pelik kan tajuk entry saya kali ini. Gimik? bukan... Lawak? bukan... Tapi itulah yang dipanggil orang Terengganu kepada antara pengangkutan warisan di bandaraya ini...BECA. Kalau pembaca berkunjung ke Terengganu, jangan terkejut bila mendapati teksi adalah beca. Kenapa dipanggil teksi? Saya sendiri kurang maklum. Kerana bila sahaja saya mula memahami bahasa sekeliling ketika berumur 4 tahun, beca sudah bergelar teksi.

Pengangkutan ini hanya untuk sekitar bandaraya sahaja. Kalau dulunya, ada yang sampai sehingga ke kampung Baru Burok, namun kini tidak lagi. Tapi ini tidak bermakna beca sudah tidak diperlukan lagi. Ia tetap menjadi pilihan terutama pelancong-pelancong asing yang tertarik dengan hiasan yang beraneka pada beca berkenaan.

Kawasan utama operasi beca-beca ini ialah di sekitar Pasar Besar Kedai Payang. Walaupun anda pernah menaiki beca di Kelantan, mencuba beca di Melaka...rebutlah peluang merasai keunikan beca di Terengganu juga. "Teksi" Terengganu unik dan istimewa dalam kelasnya yang tersendiri..murah dan selesa.






 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..

0 comments:

Post a Comment

Kawan Kawan