Unik dan Tersendiri

Unik dan tersendiri...itu yang boleh saya takrifkan mengenai pasar kebanggaan Terengganu Darul Iman.

Juga memberikan 1001 memori kepada saya...kerana disitulah menjadi salah satu tempat permainan saya...juga menjadi salah satu tempat kegemaran saya..

Dulu arwah nenek saya merupakan salah seorang penjual disitu...tidak ada gerai..hanya hamparan sebidang tikar mengkuang untuk mengalas tempat duduk dan letak barangan jualan..belacan yang dibuat sendiri..

Sebelum saya mengenal bangku sekolah..kesitulah saya mengekori nenek menghabiskan masa sehariannya. Kami kesana dengan "teksi@beca" pada awal pagi lagi dan pulang selepas asar.

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

 Dulu..bukan begini rupa Kedai Payang, nama asalnya...yang saya ingat sebuah bangunan yang bercat hitam dan putih yang mempunyai bumbung berjalur-jalur..dan saya sempat melihat jam besar ditepinya.
Kredit pada Awang Goneng untuk gambar yang tidak ternilai ini..dibelakang pokok itulah wajah sebenar Pasar Besar Kedai Payang suatu ketika dahulu.
Kini Pasar Besar Kedai Payang sudah jauh berubah wajah,.namun masih tetap unik dan hebat seperti dulu. 
Segalanya ada disini...daripada barangan mentah lauk pauk...hinggalah kuih enak tradisional dan moden...daripada kraftangan teliti buatan...hinggalah batik yang halus seninya...
 Saya jamin..sekiranya sampai kesini..tuan puan akan terpukau dengan apa yang akan dilihat..

 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..

0 comments:

Post a Comment

Kawan Kawan