Bot Penambang

Masa kecik-kecik dulu, kalau nak ke Seberang Takir, ada dua jalan perhubungan. Melalui darat yang mengambil masa agak lama iaitu terpaksa melalui jambatan Manir (sebelum Jambatan Sultan Mahmud dibina) dan melalui jalan air dengan menggunakan perkhidmatan bot penambang. Antara kedua-duanya, yang menjadi pilihan ramai ialah bot penambang, cepat dan murah. Hanya 5 minit diperlukan untuk penumpang-penumpang dari Seberang Takir untuk sampai ke Pasar payang. Perjalanan yang singkat tapi memberikan satu pengalaman yang istimewa dalam hidup kerana bukan semua tempat ada pengangkutan ini.

Pengangkutan berusia lebih 50 tahun ini masih diminati dan diperlukan oleh penduduk di seberang Sungai Terengganu untuk ke kawasan sekitar bandar. Bermula dengan harga 20 sen untuk satu perjalanan ketika ia diwujudkan, kini menjadi RM1 namun ia masih tetap menjadi pilihan penduduk yang berada di seberang sungai itu.

Kalau anda berkunjung ke Terengganu, cubalah mencari peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan pegangkutan ini.

0 comments:

Post a Comment

Kawan Kawan