Dulu..sedih sangat bila orang kata Terengganu, tidak ada muzium..tapi sekarang.. nah..TERBESAR di Malaysia dan Asia Tenggara. Dulu pun..sedih sangat bila Terengganu juga tidak ada zoo. Ye lah..setiap kali lawatan sekolah ke luar negeri selepas peperiksaan besar seperti UPSR, PMR..antara tempat wajib untuk dilawati ialah Zoo Negara. Pada awal 90an, sebuah zoo yang hanya menempatkan beberapa spesies haiwan dibuka di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu. Memang menjadi tumpuan ramai dan terhibur dengan gelagat monyet yang menjadi antara spesies yang ada. Teringat saya pada seekor mawas putih yang berada pada dahan yang terletak ditengah-tengah kolam. Sangat comel... =)
Kini..saya bangga dengan
Zoo Kemaman..walaupun masih dianggap mini zoo..tapi sekurang-kurangnya
Terengganu ada Zoo. Terletak 15km dari Kijal yang terkenal dengan lemang yang sentiasa ada tanpa mengira musim.
Pelbagai tarikan seperti Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba ada disini.
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini dibuka setiap hari dari jam
10.00 pagi hingga
5.00 petang.
Bayaran masuk adalah sangat berpatutan.
Datanglah...anda pasti teruja disini =)
myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
0 comments:
Post a Comment