Kalau dulu, di dataran inilah saya menonton opera cina, di sini juga saya menonton wayang gambar bangsal. Dan sekarang, dataran ini tetap semeriah dulu walaupun wajahnya sudah jauh berubah.
Sewaktu kecil, saya akan bersorak kegembiraan bila emak mengajak ke Padang Malaya. Terbayang-bayang didepan mata segala keseronokan pertunjukan kebudayaan yang akan ditemui. Di Padang Malaya inilah saya sangat teruja melihat Opera Cina, Wayang Kulit, Mak Inang Rodat dan banyak lagi.
Selepas itu namanya bertukar menjadi Padang Maziah dan akhirnya diisytiharkan sebagai Dataran Syahbandar.
Untuk pengetahuan pembaca, dataran ini salah satu "spot" yang paling sesuai untuk menonton Monsoon Cup yang menjadi antara acara tahunan Terengganu. Sebuah TV skrin rata gergasi ditempatkan di sini untuk tayangan sesuatu acara penting.
Pendekata dataran ini merupakan tempat yang sangat strategik untuk dilawati. Bekrekreasi di taman yang dipenuhi baris-baris pokok rhu, meredupkan suasana ditambah dengan pancutan air dari kolam berdekatan yang direntangi jambatan buatan daripada batu.
Yang pasti Dataran Syahbandar tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti.
Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
Istana Maziah, Pasar Payang, Masjid Abidin (Masjid Putih), Jeti Syahbandar
Deretan kedai makan yang pelbagai pilihan
0 comments:
Post a Comment