Hari ini, dengan izinNya, hati terbuka untuk terus menyambung hayat blog ini. Sebenarnya, segala berkait apabila menatap satu foto yang diambil tidak lama dulu.
Mengembalikan satu nostalgia yang pedihnya hingga ke tangkai jantung. Kampung Ladang, kampung yang tinggal hanya pada nama. Kalau mahu ditunjukkan kepada generasi akan datang, dimana letak duduk makna "kampung" itu sebenarnya.
Aku sedih...sungguh
Disinilah kini penduduk Kampung Ladang bermukim dengan segala macam pembaharuan yang kadang kadang hanya indah pada nama. Bukan aku bercakap menuduh. Betul semuanya, kerana ibuku kini salah seorang penghuninya
1 comments:
Aku rindukan Ladang yang dulu, tika aku melihat orang membakar dan mencanai tembaga, tika aku berlari atas tanah putih berumput jarang, tika aku selalu singgah kedai runcit, tika aku sarapan di kedai warung tepi jalan depan kedai Prokop. Ladang oh Ladang.
Post a Comment