Mula Balik

Lama blog ini ditinggalkan. Betul kata orang, kalau buat sesuatu kerana mahukan sesuatu, tak akan jauh perginya. Sudah 2,3 hari blog ini diperhatikan semula, terbit dalam hati satu perasaan sayang untuk dibiarkan terus usang. Hari ini, dengan izinNya, hati terbuka untuk terus menyambung hayat blog ini. Sebenarnya, segala berkait apabila menatap satu foto yang diambil tidak lama dulu. Mengembalikan satu nostalgia yang pedihnya...
LAGI

Festival Gamelan Sedunia

Sah! memang betul.. Dataran Syahbandar memang tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti. Kini sedang berlangsungnya satu acara bertaraf dunia iaitu Festival Gamelan Sedunia. Festival ini disertai kumpulan-kumpulan yang gah namanya dikalangan penggiat seni muzik tradisional ini. Antaranya ialah Warisan Terengganu, Istana Budaya, Gastarana (Indonesia-Bali), Lambangsari (Jepun), Rhythm in Bronze (1Malaysia - saya tabik persembahan...
LAGI

Kilauan Tembaga...

"Pandai Tembaga" atau "Pandai Besi" adalah gelaran diberi kepada individu yang berkemahiran membentur kedua jenis logam ini menjadi kraf yang tinggi nilai seninya. Khabarnya, logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakkannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun dengan bangganya diwar-warkan bahawa artifak tembaga yang...
LAGI

Unik dan Tersendiri

Unik dan tersendiri...itu yang boleh saya takrifkan mengenai pasar kebanggaan Terengganu Darul Iman. Juga memberikan 1001 memori kepada saya...kerana disitulah menjadi salah satu tempat permainan saya...juga menjadi salah satu tempat kegemaran saya.. Dulu arwah nenek saya merupakan salah seorang penjual disitu...tidak ada gerai..hanya hamparan sebidang tikar mengkuang untuk mengalas tempat duduk dan letak barangan jualan..belacan...
LAGI

Ya....betul...Teksi tu...

Pelik kan tajuk entry saya kali ini. Gimik? bukan... Lawak? bukan... Tapi itulah yang dipanggil orang Terengganu kepada antara pengangkutan warisan di bandaraya ini...BECA. Kalau pembaca berkunjung ke Terengganu, jangan terkejut bila mendapati teksi adalah beca. Kenapa dipanggil teksi? Saya sendiri kurang maklum. Kerana bila sahaja saya mula memahami bahasa sekeliling ketika berumur 4 tahun, beca sudah bergelar teksi. Pengangkutan...
LAGI

Bukit Puteri

Khabarnya bukit ini menjadi tempat tinggal Puteri Bunian dan penduduk tempatan selalu meminjam pinggan dan mangkuk dari puteri tersebut untuk majlis-majlis keramaian atau perkahwinan tetapi sebilangan peminjam tidak memulang barang-barang yang dipinjam atau menggantikan barang yang pecah . Akibat tidak amanah ini , tuan puteri meninggalkan bukit ini ke sebuah bukit lain di Daerah Besut..dan mungkin kerana ini..bukit ini dinamakan...
LAGI

Kemilau Binaan Kristal

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari...
LAGI

Kolam Air Panas La

Terletak 140km utara Kuala Terengganu, La Hot Spring mengalirkan air yang mengandungi belerang yang dikatakan memiliki sifat penyembuhan. Suhu airnya antara 45-49 darjah celcius dan ada ketikanya boleh mencecah sehingga hampir 100 darjah celcius. Sejak berita mengenai khasiat air mata air ini tersebar, ramai pengunjung yang menderita penyakit kulit telah datang dan berendam didalam air hangat ini. Selain itu, keistimewaan Kampung...
LAGI

Bot Penambang

Masa kecik-kecik dulu, kalau nak ke Seberang Takir, ada dua jalan perhubungan. Melalui darat yang mengambil masa agak lama iaitu terpaksa melalui jambatan Manir (sebelum Jambatan Sultan Mahmud dibina) dan melalui jalan air dengan menggunakan perkhidmatan bot penambang. Antara kedua-duanya, yang menjadi pilihan ramai ialah bot penambang, cepat dan murah. Hanya 5 minit diperlukan untuk penumpang-penumpang dari Seberang Takir untuk...
LAGI

Kawan Kawan