Zoo Kemaman

Dulu..sedih sangat bila orang kata Terengganu, tidak ada muzium..tapi sekarang.. nah..TERBESAR di Malaysia dan Asia Tenggara. Dulu pun..sedih sangat bila Terengganu juga tidak ada zoo. Ye lah..setiap kali lawatan sekolah ke luar negeri selepas peperiksaan besar seperti UPSR, PMR..antara tempat wajib untuk dilawati ialah Zoo Negara. Pada awal 90an, sebuah zoo yang hanya menempatkan beberapa spesies haiwan dibuka di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu. Memang menjadi tumpuan ramai dan terhibur dengan gelagat monyet yang menjadi antara spesies yang ada. Teringat saya pada seekor mawas putih yang berada pada dahan yang terletak ditengah-tengah kolam. Sangat comel... =)
Kini..saya bangga dengan Zoo Kemaman..walaupun masih dianggap mini zoo..tapi sekurang-kurangnya Terengganu ada Zoo. Terletak 15km dari Kijal yang terkenal dengan lemang yang sentiasa ada tanpa mengira musim.

 Pelbagai tarikan seperti Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba ada disini.

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bayaran masuk adalah sangat berpatutan. Datanglah...anda pasti teruja disini =)
 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Dataran Syahbandar

Dari dulu sampai sekarang dataran ini tidak pernah sunyi. Satu lokasi yang menjadi pilihan andai ada keramaian atau majlis-majlis samada peringkat negeri mahupun kebangsaan
Kalau dulu, di dataran inilah saya menonton opera cina, di sini juga saya menonton wayang gambar bangsal. Dan sekarang, dataran ini tetap semeriah dulu walaupun wajahnya sudah jauh berubah.
Sewaktu kecil, saya akan bersorak kegembiraan bila emak mengajak ke Padang Malaya. Terbayang-bayang didepan mata segala keseronokan pertunjukan kebudayaan yang akan ditemui. Di Padang Malaya inilah saya sangat teruja melihat Opera Cina, Wayang Kulit, Mak Inang Rodat dan banyak lagi.
Selepas itu namanya bertukar menjadi Padang Maziah dan akhirnya diisytiharkan sebagai Dataran Syahbandar.

Untuk pengetahuan pembaca, dataran ini salah satu "spot" yang paling sesuai untuk menonton Monsoon Cup yang menjadi antara acara tahunan Terengganu. Sebuah TV skrin rata gergasi ditempatkan di sini untuk tayangan sesuatu acara penting.

Pendekata dataran ini merupakan tempat yang sangat strategik untuk dilawati. Bekrekreasi di taman yang dipenuhi baris-baris pokok rhu, meredupkan suasana ditambah dengan pancutan air dari kolam berdekatan yang direntangi jambatan buatan daripada batu.
Yang pasti Dataran Syahbandar tidak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti.


 myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..



Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
Istana Maziah, Pasar Payang, Masjid Abidin (Masjid Putih), Jeti Syahbandar
Deretan kedai makan yang pelbagai pilihan


LAGI

Bulatan Ladang

Tempat yang meninggalkan seribu satu nostalgia pada diri saya,Ladang. Betul-betul dipinggir bandaraya Kuala Terengganu..dan mungkin dalam masa 4, 5 tahun lagi..akan betul-betul berada di tengah bandaraya.. =) ..pembangunan..
Disinilah saya dibesarkan..belajar tulis baca..jadi orang berguna..alhamdulillah..
Kampung Ladang sangat unik..sungguh..disini ada nasi dagang..ada juga tembaga..berada dipesisir pantai Terengganu yang terkenal dengan keindahannya..
Oh...banyak pula celoteh saya pasal kampung halaman..tempat bermain, ketawa menangis bersama saing-saing...emo pulak ya..he he he..
Sebenarnya saya nak bercerita pasal Bulatan Ladang..yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Bulatan Penyu..ya, ada seekor penyu gergasi ditengah-tengah bulatan berkenaan..
Ruginya rasa bila diimbau kembali..kenapalah tak terniat untuk mengambil gambar bulatan itu dulu...dan dengan penuh pengharapan..saya pun google "bulatan penyu"...dan hampir melompat kesukaan bila saya berjumpa dengan gambar ini
kredit untuk : http://khaiypsi.blogspot.com
inilah wajah asal bulatan ladang suatu ketika dulu

dan inilah wajahnya sekarang
tak kurang hebat dan sangat menarik...menjadi pujaan ramai bila bulatan ini tidak pernah gagal memikat sesiapa saja yang memandangya..


memang cantik dan hebat..
itulah BULATAN BATU BERSURAT

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..


Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
Pantai Batu Burok, Primula Parkroyal, Sumai Suite Hotel,
Masjid Ladang
LAGI

Terbesar di Asia Tenggara


Mana aku tak bangga dengan senibina yang satu ini...TERBESAR DI ASIA TENGGARA tau...
fuyyoooo...ya MUZIUM NEGERI TERENGGANU adalah yang TERBESAR DI ASIA TENGGARA..kalau tak percaya..jom pakat mari ramai-ramai..
Dan sebagai orang yang dah pernah beberapa kali sampai di muzium ni...saya nasihatkan agar datang awal..kenapa??? kerana kompleks muzium kebanggaan seluruh rakyat Terengganu ini memakan masa yang agak lama untuk cover semua pameran yang ada...TERBESAR DI ASIA TENGGARA..memang tersangatla besarnya dan tersangatla menariknya..ya..betul..
posting aku tentang muzium ni pon terpaksa dibahagi kepada 2 part...

Ok sedikit info kepada yang belum sampai...
Ia adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.


Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.



Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.
Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.
Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi
Untuk entry kali ni..saya akan muatkan bahagian utamanya dulu...banyak sangat nak cerita..tapi yang pasti datanglah kesini...pasti anda tidak akan menyesal..
myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Cas Ligas

Pertama kali tengok, bingung seketika...apa tu? Bas? Betul ke? Bakpe gitu? Kenapa bumbung macam rumah? Semua soalan terlintas dalam kepala. Bila ditanya dan diusul...oh! Bas Bandar rupanya.....mmmmm...cantiknya...
Dan saya yakin..pembaca yang belum pernah melihatnya pun akan tertanya-tanya macamana agaknya rupa bas berbumbungkan bentuk bumbung rumah.
Haaaaaaa...itulah uniknya negeri saya ini.
Untuk makluman, rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.

Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED destinasi penunjuk arah.
Laluan-laluan utama bas ini ialah Chendering (nasi dagang tersohor ada disitu), Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal dan Taman Monumen) dan Batu 6 / Gong Badak (melihat view bandaraya dari Jambatan Sultan Mahmud).
 Diringkaskan cerita...parkir sahaja kenderaan tuan-tuan dan puan-puan di kawasan Dataran Syahbandar, nikmati perjalanan sehala bersama bas Cas Ligas mengelilingi bandaraya kami.

myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..



LAGI

Batu Burok yang Baru...

Aku anak jati Kampung Ladang...dan aku bangga jadi orang Terengganu..
dulu..waktu kecil..hampir setiap petang, kami (aku dan geng-geng sepermainan) akan ke pantai untuk segala macam aktiviti..main "to (lebih kurang macam bunyi tol cuma huruf L tu tak bunyi) jail", "to duduk" dan macam-macam lagi permainan yang kami reka...ah! indahnya saat itu...
Kampung Ladang aku ni Ladang Mengabang...Ladang ni banyak jenis kampung...Kampung Ladang Titian (kampung suami aku), Kampung Ladang Sekolah (terkenal dengan pembuatan tembaga), Kampung Ladang Cicar..dan macam-macam Kampung Ladang lagi...
Keistimewaan kampung aku ni...betul-betul dipesisir pantai yang putih bersih dan indah permai..bermakna..kampung aku bersebelahan dengan Pantai batu Burok..
Nama saja burok..tapi sebenarnya amat indah..kalau dulu aku ke sana bersama geng-geng untuk bermain pasir dan juga mengutip kulit-kulit siput bertaburan sepanjang pantai..kini aku ke sana bersama keluarga tersayang juga untuk bermain..cuma yang lainnya..anak-anak aku yang lebih aktif.

 

 Jangan tak percaya..berbuka puasa disitu pun pernah kami buat..memang enjoy berbuka dengan tiupan bayu laut yang sangat menyegarkan.
Dan sekarang pun..ada saja masa terluang...kami akan berkelah sambil makan nasi bungkus..nyumm...nyummm...kenyang, seronok dan menyegarkan...


Singgahlah disini...tak rugi...pantai kami...putih bersih dan sangat indah...


myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..


Berdekatan tempat menarik dan kemudahan:
 Primula Parkroyal, Sumai Suite Hotel, Batu Burok Beach Resort, A&W Fast Food Restaurant
Deretan kedai pelbagai jenis makanan, Masjid Ladang

LAGI

Aku Rindu Bukit Besi...

Disember 1995, aku ditugaskan di Bukit Besi...jauhnya..mujur bersama suami.
Dalam kepala bermacam-macam tohmahan tentang situasi Bukit Besi..
mesti hutan je keliling...
mesti sunyi...
mesti gelap...
mesti boring...dan bermacam-macam mesti lagi...
Setelah hampir 6 tahun disitu..aku bertukar ke Kuala Terengganu..mengikut suami..
..........dan aku amat amat amat merindui suasana indah dan mendamaikan
sewaktu di Bukit Besi dulu.. Ya, sungguh...Bukit Besi sememangnya menarik...
indahnya flora dan fauna...nyamannya bayu hutan yang masih terpelihara...dan Tasik Puteri yang memukau sesiapa yang memandang...Baru-baru ini kami menjejaki kembali tempat yang suatu ketika dulu pernah menjadi kampung halaman... Subhanallah.....cantiknya sekarang...dan pasti saya akan kunjungi lagi..
oh ya!...Tasik Puteri itu juga menjadi salah satu venue untuk Sukma di Terengganu tidak lama dulu untuk acara sukan berkayak..

Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.

Suatu ketika dulu Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

Kalau kita kesana, kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan masih jelas dapat disaksikan.

Pada 1936 sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan untuk memunggah bijih besi dari Bukit Besi ke sebuah jeti di Nibong iaitu di pesisir pantai bandar Dungun.Dulu laluan ini merupakan landasan keretapi..tapi setelah industri bijih besi di Bukit Besi menjadi sejarah..bukit tebuk ini telah dijadikan lorong pintas ke Nibong oleh kenderaan bermotor dan penduduk kampung.

Andai anda semua ingin bermalam di Bukit Besi..tidak perlu risau..kerana disana ada yang mengusahakan rumah tamu yang sangat selesa dengan harga yang berpatutan..


myTerengganu...tanahmu...tanah bertuah...sungguh..
LAGI

Warisang...



Sifat:
Cah ligah – aktif, cerdas
comel lote – comel yg amat
bekeng – garang
ija naung – sangat hijau
sejuk ketto – teramat sejuk
itang blettung – tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang – rosak teruk
busuk kohong – busuk sangat sangat
nakuk paik –.penakut yg amat
nano - nakal
brahi nawok - suka cakap bohong
tinggi nyayuk – sangat tinggi
masing pekkok – teramat masin!
nipih nayyang – sangat nipis
maknga – cuai
babil – degil
puahsang – boring
nasan – malas
amok reng – pemalas
meppeh – tak larat
kepeh blepeng – sangat kempis
takdok aghoh – habis ikhtiar
beso bappok – teramatla besarnya
manih letting – sgt manis
ringang lepung – sgt ringan
bising banggor – teramat bising

Perbuatan:
ranggok - main redah je
suke glekek – ketawe menggelekek
kelo – panggil
tagor / plekong / kelong / lepor / handing – baling jer
musing ketang caghi – cari merata-rata
nusuk – menyorok
bahang – pukul
tohok – buang
nanok – masak nasi
nyanyur – masak sayur
makang – makan
jallang – jalan-jalan
makang gulaa – pergi kenduri
nerrak – meniarap
tubik – keluar
lokk – biar je
wak lok lok – tipu

Seharian:
Guane gamok weh? - apakhabar?
Mu nak gi duane? - nak kemana?
Pah kuane, lame dok napok? - lama tak nampak, pergi mana?
Berapa riyal? - berapa ringgit?
Buleh masuk dok? – boleh masuk tak?

Makanan:
bronok – sejenis kuih sagu yang disaluti parutan kelapa
beppang – sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
asang gupal – sejenis kuih sagu yang mempunyai inti kacang berkuahkan santan
woh bung – paun goreng berintikan sambal ikan
nekbak – bahulu yang direndam didalam air gula (popular dibulan puasa)
pulut lepe – pulut panggang
nisang – gula melaka

AKU BANGGA JADI ANAK TERENGGANU


LAGI

Profil...

Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25’ dengan 103.50’ dan garisan lintang 4 hingga 5.50’. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 km dari Besut ke Kemaman. Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dan dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu danBesut. Pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di Negeri Terengganu.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah :

* Kuala Terengganu : 60,654.3 hektar;
* Kemaman : 253,559.9 hektar;
* Dungun : 273,503.1 hektar;
* Marang : 66,654.3 hektar;
* Hulu Terengganu : 387,463.6 hektar;
* Setiu : 130,436.3 hektar
* Besut : 123,367.8 hektar.

Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah kaum Melayu dan bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi negeri Terengganu ialah perikanan dan hasil petroleum pula menguatkan lagi ekonomi negeri Terengganu.
LAGI

Kawan Kawan